Prebiotik vs Probiotik

Kalau anda tengok tajuk post kali ni, bunyi macam sama, sebutan pon macam sama, tapi sebenarnya, maksud kedua-dua perkataan (prebiotik & probiotik) adalah tidak sama sekali.

Senang je nak beza kedua-dua ni

Probiotik = bakteria baik

Yoghurt

Manakala,

Prebiotik = Merupakan makanan untuk bakteria. Bakteria pun perlukan makanan tau. Prebiotik adalah sejenis serat yang tidak boleh dicernakan.

prebiotic

Kita selalu andaikan bakteria ni sesuatu benda yang boleh menyebabkan kita jatuh sakit dan tidak elok. Memang betul pun, tapi ada juga bakteria yang bagus. Macam orang lah, ada yang jahat, ada yang baik. Jadi, Bakteria yang baik ni, perlulah kita perbanyakkan dan jaga ia di dalam sistem pencernaan kita (usus besar). Tahukah anda, lebih dari 1000 jenis bakteria hidup di dalam  usus kita.

Apakah fungsi bakteria baik ini?

  1. Membantu menguraikan vitamin dan makanan
  2. Membantu menjaga sistem pencernaan terutamanya usus besar
  3. Mengurangkan risiko sembelit, kanser
  4. Meningkatkan imunisasi badan
  5. Mengurangkan penyakit kulit seperti ekzema

Sekian, berikut merupakan sedikit sebanyak tentang prebiotik dan probiotik. Akhir kata, Assalamualaikum 🙂